Budaknakai & Bibu
Image Hosted by FileHive.com
By: Budak NaKaL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jul-2008 08:52 Email | Share | Bookmark
BBQ & Birthday Party




Event : BBQ & Beday Party
Venue : Tmn Putra Permai,Serdang (Umah Nenek Ham & Atuk Farouk)
Date : 12 July 2008
Time : 8.00 pm
Attendees :

Nenek Ina & Atuk Muzafar (Anis & Armand)
Nenek Uji & Atuk Padil (Faiz, Irfan, Arif,Adreanna)
Nenek Ebok & Atuk Zain
Atuk Yut & Nek Milah (Mira, Daud)
Bibu & Abie ( Syuhadah & Nuha)
Pati (my aunt's MIL and grandsons)

Ramainye Atuk & Nenek kakak n Nuha ye!

This is last Saturday’s event at Bibu’s aunt new house, Nenek Ham- my mom’s sister ( I grew up with my 5 aunts and 2 uncles since std 2). Dulu de duk Klang, so dpt pindah ke Serdang since her husband works in Putrajaya. Her newly bought house is about 30 minutes from our house. So tak de alasan tak buleh pegi ye Abie hehehehe… Bibu kalo mkn2 ni laju je… so we r celebrating Nana’s 18th birthday (bibu's cousin) which falls on 18 th July,she is the 2nd child of the family plus my bro’s 27th birthday which falls on 16th July. Wah..ramainye beday July..lepas ni sape plak…
So the makan time is after Maghrib …..bibu cume tolong tgk…maklum le…si Nuha ni mane buleh tinggal sket…dan juga tolong makan je…










Okeh enuf photos meh tgk kek yg bibu wat tuk Pak Ngah (bibu's bro)
Resepi ni bibu modified sket sebab nak letak blueberry. Kek ini masa dlm oven naik cantik je dan rata…tapi bile bibu kuarkan dari oven mcm mendap sket..mungkin bibu terkuar awal kot.. atau mungkin bibu terlebih kacau but still look presentable dan kek yg lembut dan gebu… …ape pon terima kasih pada empunye resepi.Bibu wat separuh adunan saja.


Kek Chiffon Vanilla

Bahan-bahan

Bahan A:


3 biji kuning telur
1/3 cawan minyak sunflower
1/3 cawan susu segar
Secubit garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh perisa vanilla
1 cawan tepung diayak bersama 1 sudu teh baking powder

Bahan B:
3 biji putih telur
1/3 cawan gula pasir
1/2 penutup cream of tar tar

Bahan C

Icing dan blueberry filling

Cara-cara

1. Bahan (A): Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup).Masukkan perisa vanilla, minyak & susu segar. Kacau.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder). Ketepikan
2. Bahan (B): Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
3. Akhir sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan bakar selama 40 minit suhu 170oc.

Quote:
RESEPI ASAL
Kek Chiffon Pandan
shamatul86@myresipi.com
Resepi dr mak saye..Insya-Allah, sedap... Gambar daripada laporan masakan oleh umi_e.
Bahan-bahan
• Bahan A:
• 6 biji kuning telur
• 2/3 cawan minyak mazola
• 2/3 cawan santan dari ½ biji kelapa
• 1 sudu teh garam
• 1 cawan gula pasir
• pewarna hijau (pandan)
• 2 cawan tepung diayak bersama 2 sudu teh baking powder
• Bahan B:
• 6 biji putih telur
• 2/3 cawan gula pasir
• 1 penutup cream of tar tar
Cara-cara
4. Bahan (A): 1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)2.Masukkan pewarna hijau, minyak & santan. Kacau. 3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder). 4.Ketepikan
5. Bahan (B): 1.Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun. 2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
6. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan bakar.


Quote:
The writing on cake still not firm and smooth..so ketaq la bile pegang nozzle...how arr??


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net