Budaknakai & Bibu
Image Hosted by FileHive.com
By: Budak NaKaL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Aug-2008 02:35 Email | Share | Bookmark
CHILLED CHEESECAKE & FUDGE BROWNIES



RESEPI 1 – BLENDED & CHILLED CHEESECAKE

This is my first trial wat blended ciskek dari Nita@Etot . Ni siap tutorial online ni….wakakkaka trimas beb! Mmg sempoi dan sedap cam eskrem!



Untuk Cheesecake
Bahan A

300 gram philadelphia cream cheese
300 gram whipping cream
125 gram fruit yogurt (bibu tak letak)
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar lemon jus
5 sudu besar freshmilk (pon tak letak)

Bahan B
10 gram gelatine*
50 ml air*
(masukkan gelatin dlm air, kemudian cairkan secara double boiler)

Base
160 gram biskut Tiger
80 gram mentega

Cara2:
Kisar halus biskut. Campurkan buter cair dah tekan2 dlm cup (cup tu lapik ngan cup timah dulu ok)

Bahan topping:Blueberry

Cara2:
Blend semua bahan A sehingga sebati.Kemudian masukkan Bahan B. Blend lagi sampai betul2 sebati. Kemudian, keluarkan cup berisi biskut tadi dr peti sejuk, tuang adunan cheese. Sejukkan selama lebih kurang 2 jam. Bila adunan dah keras dan tegap, letak filling di atasnya.

RESEPI 2 – BLUEBERRY CHILLED CHEESECAKE

Ni plak order dari kwn kolej maksu.Resepi asal dari KAK JUN@YUMMYLICIOUS
Tapi bibu doublekan bhn2 sbb nak berat kek lebih krg 1.5 – 2kg.



Chilled Cheesecake
(Springform Size 9’)


Bahan -bahan
600gm cream cheese
600gm whipping cream
200gm gula halus
4 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gelatine-larutkan dalam 50ml air panas-sejukkan
1 sudu teh esen vanila

blueberry filling as topping (or any filing)
biskt loveletter munchies (hiasan)
sedikit Stoberi (hiasan)

crust:-600gm biskut Tiger-kisar
120gm butter-cairkan

untuk crust, campurkan aje 2 bahan tu n tekan dalam loyang.

Cara-cara
1. Pukul cream cheese, gula n jus lemon.
2.Dalam mangkuk lain, pukul heavy cream ngan esen hingga kental.
3.Campur whipping cream adunan cream cheese tadi bersama gelatine. guna senduk untuk gaul rata.
4. Tuang rata atas lapisan biskut tadi. Letak filling kat atasnya
5. Simpan dalam fridge selama lebih 2 jam/semalaman.

RESEPI 3 – FUDGE BROWNIES

Brownies bibu tried from KAK RINNCHAN . Suka tgk fp akk tiap kali entry baking misti ade step by step…sng citer..tak yah susah2 bertanya kan!



FUDGE BROWNIES
Sumber : Mak Lang's Kitchen & Rinnchan


Bahan-bahan
1 cwn butter, cairkan
1 cwn serbuk koko
1 ¾ cwn gula halus (bibu tak suka manis sgt)
1 1/2 tsp vanilla
4 biji telur (bibu guna 3 biji je)
1 1/3 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 cwn pelbagai kekacang

Cara-cara :
1. Di dalam satu bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko.
2. Masukkan gula, esen vanilla dan telur. Kacau semua hingga sebati.
3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yg telah diayak bersama.
4. Akhir sekali masukkan kekacang.
5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar di dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darj selama 30 min - 40min, bergantung kepada oven masing-masing.


Quote:
HARAP MAAF JIKA ADA TERKASAR BAHASA DAN SEBAGAINYA..SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KESABARAN YE KAWAN2!

Quote:
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51 TAHUN BUAT SEMUA WARGA MALAYSIA!



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net